Petai merupakan salah satu ulam-ulaman yang digemari warga tempatan lebih-lebih lagi apabila dimakan dengan sambal dan nasi. Selain sedap untuk dimakan, terdapat pelbagai khasiat yang boleh dimanfaatkan oleh para peminatnya.
Antara kebaikan kesihatan buat manusia dengan memakan petai adalah boleh membantu tangani stress, mengawal gula, baik untuk jantung, gigi dan tulang serta banyak lagi.
Namun, masih sebahagian daripada kita yang menolak untuk memakannya kerana bau yang dihasilkan sangat busuk selepas itu.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok dari luar negara telah mencipta kontroversi selepas berkongsi resepi sandwich gaya Australia yang menggabungkan avokado bersama petai.
Perkongsian resepi itu lantas meraih perhatian netizen tempatan yang mana petai cukup terkenal di Malaysia dan ia sesuatu perkara baharu untuk dipadankan dengan roti.
Berbalik kepada resepi sandwich itu, @simplegreensoul turut berkongsi amalan yang wajib dilakukan oleh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
