Apabila ditanya mengenai kelebihan dan aura tersendiri, Mariam berkata dia sudah mencuba untuk mencari kelebihan dan ‘X factor’ dalam dirinya.
Malah, Mariam menganggap komen-komen netizen yang pernah mempersoalkan tentang rupa dan bakatnya pula sebagai komen membina.
“Saya anggap itu adalah komen-komen yang membina. Tapi, yelah sakitlah kan. Tapi macam mana pun somehow itu menyedarkan saya.
“Saya dah dapat dah komen-komen tersebut dari minggu pertama dan saya dah struggle untuk cari apa karakter saya dari minggu pertama sampai semi final.
“Saya dah cuba, tapi kalau peminat di luar sana masih tak nampak juga, saya cuba lagi. Saya pun mencari-cari identiti saya. Apa kelebihan dan kekurangan saya, I have to work on it,” katanya.
Untuk rekod, hanya empat peserta yang berjaya mara ke konsert final CSOIAM iaitu Jimi Marygrace, Zazzleen dan Kai Deva pada minggu hadapan.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: