Selain persembahan daripada para peserta, tumpuan utama pastinya akan terarah kepada penampilan tiga bekas juara terdahulu, Suki Low, Ayu Damit, dan Tomok yang akan kembali mempersembahkan lagu-lagu yang dimenangi mereka menerusi program ini.
Suki Low dengan Berdiri, Ayu Damit dengan Hanya Di Mercu, dan Tomok dengan Berlari, bakal menghidupkan kenangan manis kejayaan mereka.
Selaku juri, Datuk Yusry dan Ziana Zain juga tidak ketinggalan untuk menghiburkan peminat dengan lagu-lagu ikonik mereka, Dekat Padamu dan Sangkar Cinta.
Dalam pada itu, Cakra Khan, juri dari Indonesia, akan menambah kehangatan malam dengan persembahan penuh penghayatan melalui lagu hitsnya, Kekasih Bayangan.
Siapa sangka, KRU akan kembali menghiasi skrin anda malam Ahad ini, membuat kemunculan semula di TV3 setelah sekian lama, dengan persembahan langsung yang pasti akan dinantikan ramai dan mengembalikan kegilaan peminat KRU!
Tiga lagu istimewa menanti para penonton, iaitu Voodoo, Terhangat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: