Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Salamah Gold & Jewellery buka cawangan ketiga di Ampang

today11 May 2026

Background


AMPANG –  Salamah Gold & Jewellery terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri emas tempatan apabila melancarkan  pembukaan cawangan ketiganya di Galaxy Ampang Shopping Centre di sini baru-baru ini.

Pembukaan cawangan baharu itu menjadi satu lagi pencapaian penting buat syarikat berkenaan selepas kejayaan operasi mereka di Kajang dan Medan Gopeng, Perak bagi memenuhi permintaan pelanggan terhadap koleksi barang kemas dan emas moden serta berkualiti.

Pengurus cawangan Ampang, Mohd. Bukri Osman berkata, nama ‘Salamah’ dipilih sebagai simbol penghargaan kepada ibunya, Salamah Salleh yang menjadi sumber inspirasi serta kekuatan sepanjang perjalanan beliau membina perniagaan tersebut.

“Bagi saya, ibu adalah simbol kekuatan dan pengorbanan. Nama Salamah dipilih bukan sahaja mudah diingati, malah membawa nilai kasih sayang keluarga, keberkatan dan legasi yang ingin kami bina dalam jenama ini,” katanya pada sidang akhbar bersempena majlis pelancaran outlet terbaharu itu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post