Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Salem Al Dawsari Tewaskan Arif Aiman

today17 October 2025

Background
Salem


Bintang dan legenda hidup Arab Saudi, Salem Al Dawsari sekali lagi merangkul trofi Pemain Terbaik AFC. Sebelum ini dia pernah memenanginya pada 2022.

Dia menyerahkan trofi itu kepada bintang Qatar Akram Afif pada 2023. Dan kini merampas balik daripada Akram Afif.

Anugerah ini turut mencuri tumpuan kerana bintang Asia Tenggara dari Malaysia, Arif Aiman turut tercalon dalam 3 pemain untuk senarai akhir.

Arif Aiman menjadi pemain Malaysia pertama dicalonkan untuk finalis anugerah tersebut.

Salem Al Dawsari bukan nama asing untuk peminat bola sepak di Asia dan dunia. Dia penjaring gol kemenangan Arab Saudi ketika mengejutkan Argentina pada aksi pembukaan Piala Dunia  2022.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post