
Penyerang berbisa Perancis, Kylian Mbappé, secara rasmi memenangi anugerah Kasut Emas adidas untuk Piala Dunia FIFA 2026, sekali gus mengekalkan gelaran penjaring terbanyak kejohanan yang dimenanginya ketika edisi Qatar 2022.
Pemain berusia 27 tahun itu mengukuhkan kedudukannya dengan meledak dua gol dalam perlawanan penentuan tempat ketiga yang mendebarkan menentang England pada hari Sabtu. Perlawanan sengit yang berlangsung di Miami itu menyaksikan Les Bleus tewas 4-6 kepada skuad Three Lions.
Kini bergelar penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah Piala Dunia FIFA, Mbappé mempamerkan aksi luar biasa sepanjang bulan Jun dan Julai.
Beliau berjaya mengemudi Perancis sehingga ke peringkat separuh akhir, sebelum disekat Sepanyol dengan kekalahan 0-2.
Rekod Luar Biasa Sepanjang Kejohanan
Bintang Real Madrid itu memulakan kempen dengan cemerlang apabila menjaringkan dua gol masing-masing dalam aksi peringkat kumpulan menentang Senegal dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: