Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Saman Bekas Pelajar Terhadap Guru Ditolak Mahkamah

today11 March 2026

Background
Sorok iPhone Dalam Pakaian Dalam: Saman Bekas Pelajar Terhadap Guru Ditolak Mahkamah


Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu baru-baru ini telah menolak tuntutan saman yang difailkan oleh seorang bekas pelajar terhadap pihak sekolah dan kerajaan, berhubung insiden rampasan telefon pintar yang disembunyikan di dalam pakaian dalamnya ketika peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), enam tahun lalu.

Hakim Wan Nor Aklima Wan Salleh dalam penghakimannya memutuskan bahawa tindakan guru menjalankan pemeriksaan mengejut ke atas plaintif adalah satu tindakan yang wajar, munasabah, dan bertujuan mengekalkan integriti peperiksaan.

Kes yang bermula pada 25 Oktober 2020 di SMK Sura, Dungun itu melibatkan seorang pelajar yang kini berusia 23 tahun lapor Berita Harian.

Kronologi Insiden dan Penemuan Bukti

Sorok iPhone Dalam Pakaian Dalam: Saman Bekas Pelajar Terhadap Guru Ditolak Mahkamah
Photo by Nguyen Dang Hoang Nhu on Unsplash

Kejadian berlaku semasa kertas peperiksaan Sains Rumah Tangga sedang berlangsung. Pihak sekolah bertindak menjalankan pemeriksaan selepas menerima aduan daripada calon lain yang mengesyaki plaintif…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post