Site icon Kool FM

Samenta mahu kerajaan tangani isu PKS dalam Bajet 2023


PETALING JAYA – Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) berharap kerajaan mengambil langkah untuk menangani isu-isu mendesak yang melibatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam pembentangan bajet 2023 pada hari Jumaat ini.

Pengerusinya, Datuk William Ng berkata, walaupun berdepan dengan tekanan kos dan kekurangan buruh kekal antara isu paling mendesak yang memberi kesan kepada pemulihan PKS adalah berhubung produktiviti rendah, anjakan digital, persaingan serantau serta pematuhan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) yang mesti ditangani secepat mungkin.

Pihaknya berharap agar kerajaan dapat mengambil tindakan segera dalam memastikan PKS kekal berdaya saing. Ini memerlukan reformasi dan penjajaran semula ekonomi negara tetapi buat masa yang terdekat, kita mulakan dengan intervensi fiskal melalui Bajet 2023.

“Kita perlu mengalih fokus intervensi dan bantuan kerajaan daripada pemberian geran langsung kepada potongan cukai berganda dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version