Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Sampai Doktor Ingat Saya Merokok!’ – Suri Rumah Merana Asma Kronik Gara-Gara Asap Rokok

today21 May 2026

Background


Asap rokok bukan sekadar membahayakan perokok, tetapi ia adalah pembunuh senyap bagi mereka yang terpaksa menyedutnya saban hari.

Bayangkan hidup dengan paru-paru yang rosak teruk, bukan kerana tabiat sendiri, tetapi akibat menjadi mangsa keadaan sejak kecil.

Inilah realiti pahit yang terpaksa ditelan oleh Nor Azura Rasid, seorang suri rumah berusia 33 tahun yang menghidap asma kronik.

Memetik laporan Sinar Harian, keadaan paru-parunya begitu parah sehingga menimbulkan kekeliruan kepada pakar perubatan yang merawatnya.

“Awak merokok ke?” soal doktor berulang kali kepadanya.

Pada awalnya Azura keliru, namun akhirnya dia sedar doktor menyangka dia seorang perokok tegar kerana tahap kerosakan pada organ pernafasannya itu.

Hakikatnya, tahap kesihatan Azura sering merosot akibat pendedahan berterusan kepada asap rokok daripada arwah bapa dan abangnya yang merupakan perokok tegar.

Lebih menyedihkan, kedua-dua insan tersayang itu telah pun pergi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post