
Skandal penutupan kes orang hilang secara tidak sah kini menggoncang sistem kepolisan Korea Selatan. Keadaan menjadi semakin kritikal apabila empat mayat ditemui dalam tempoh tiga hari sahaja di Pulau Jeju.
Tragedi ini meletus selepas tindakan seorang pegawai polis yang disyaki memalsukan rekod bagi 200 kes orang hilang sepanjang 17 bulan berkhidmat di pulau berkenaan.
Penemuan Mayat Selepas Kes Ditutup

Jang Mi-ran, 37 tahun, dilaporkan hilang pada 15 Mei lalu. Pegawai polis yang mengendalikan kes itu, seorang lelaki berusia 30-an dikenali sebagai Bu, mendakwa kepada keluarga mangsa bahawa dia telah menghubungi Jang dan wanita itu tidak mahu diganggu.
Bu kemudian memadamkan nama Jang daripada sistem profil orang hilang. Siasatan kemudiannya membuktikan tiada sebarang percubaan menghubungi mangsa pernah dibuat.
Mayat Jang akhirnya ditemui di sebuah ladang pokok palma di Hallim-eup, 104 hari selepas hilang dan hanya 400 meter dari…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: