Sementara rakyat Malaysia bertungkus-lumus mencari pekerjaan dengan tawaran gaji lumayan di luar negara, seorang wanita Jepun sanggup mengorbankan kariernya demi mencari ketenangan di negara lain.
Wanita Jepun dalam video TikTok tular @racewonderland ini mendedahkan dia lebih rela bekerja di Malaysia berbanding di Jepun, meskipun gajinya jauh lebih rendah.
“Gaji di Malaysia memanglah lebih rendah berbanding di Jepun. Tapi bagi saya, itu tidak mengapa,” kongsinya.
Persoalan mengapa dia memilih Malaysia telah dijawab dengan mudah di mana menurutnya kerjaya di negara matahari terbit itu tidak mampu memberikan masa lapang selepas kerja serta gaya hidup yang lebih tenang.
Walaupun ramai rakyat Malaysia mengimpikan untuk bekerja di Jepun, wanita itu menjelaskan bahawa ia tidaklah seindah yang disangka.
Budaya kerja Jepun yang sangat intensif sering bermakna pulang lewat malam, cuti yang minima, dan rutin yang terlalu ketat. Lama-kelamaan, semua ini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
