Site icon Kool FM

Sangka Telefon Bermasalah Sewaktu PdPR, Ustazah Ini Sebak Terima ‘Kejutan’ Daripada Para Murid


Sejak pandemik melanda, dapat dilihat orang ramai sudah mulai adaptasi dengan keadaan semasa dengan bekerja dari rumah manakala pelajar pula menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Menerusi PdPR menggunakan Google Meet, murid-murid diminta untuk menghadirkan diri dan berinteraksi dengan guru sekiranya diperlukan. Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila tular sebuah video di mana murid-murid yang diajar oleh seorang ustazah ini sekadar berdiam diri tanpa memaparkan sebarang video.

Situasi yang berlaku nyata membuatkan ustazah tersebut panik dan beranggapan telefon pintar beliau bermasalah. Ustazah tersebut seterusnya dikejutkan apabila kesemua pelajar tampil dengan sebuah kad beserta ucapan sempena hari lahir beliau.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version