Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sanusi Cadang Tanam Buluh, Jadi ‘Pagar’ Elak Kenderaan Terjunam Dalam Sungai

today10 July 2025

Background
Sanusi Cadang Tanam Buluh, Jadi 'Pagar' Elak Kenderaan Terjunam Dalam Sungai


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencadangkan tebing terusan di Sungai Korok perlu ditinggikan, serta ditanam pohon buluh madu.

Cadangan itu bagi bagi mengurangkan risiko kemalangan susulan kejadian tragis yang telah meragut nyawa enam sekeluarga baru-baru ini, petik Harian Metro.

Menurutnya, ia dilihat lebih menjimatkan kos dan mesra alam,  lebih-lebih lagi di kawasan yang masih memiliki rizab tanah berdekatan terusan.

Sanusi Cadang Tanam Buluh, Jadi 'Pagar' Elak Kenderaan Terjunam Dalam Sungai
Sumber Gambar: Facebook Muhammad Sanusi Md Nor

“Saya sudah melawat keluarga mangsa. Terusan itu di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan jalan tepinya lurus. Ada dicadangkan supaya diletak pagar penghadang.

“Tapi saya cadangkan juga supaya tanam buluh sebagai menjadi penahan dan landskap. Saya akan cadangkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas hadir Majlis Penyerahan Kunci Mutiara Bandar Puteri Jaya Fasa 7, di sini, hari ini.

Buluh lebih kukuh…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post