Site icon Kool FM

Sanusi Sedia Bantu Pemain Kedah Darul Aman

Sanusi Md Nor


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sedia untuk membantu pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC yang sedang menghadapi masalah tunggakan gaji.

Kerajaan negeri menerusi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sedia untuk mengadakan pertemuan dengan KDA FC bagi membincangkan mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang berlaku ketika ini.

Baca Juga:

“Kerajaan negeri kena salurkan (bantuan) menerusi KFA, KFA akan tolong, kita tak boleh buat secara langsung dengan syarikat swasta (yang uruskan KDA FC).

“Apa-apa yang boleh kita bantu, kita tengok nanti, minta mereka hubungi KFA,” katanya dipetik dari laporan Buletin TV3.

Muhammad Sanusi berkata beliau turut bersimpati dengan nasib pasukan dan pemain yang kini dilihat terumbang-ambing dengan tiada jalan penyelesaian yang berjaya dicapai antara dua pihak.

Katanya, sebagai Presiden KFA beliau bersedia untuk bertemu pemain pasukan berkenaan bagi mendengar masalah mereka secara…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version