Site icon Kool FM

Sapura Energy kembali untung dengan mencatat pemulihan ketara


PETALING JAYA – Sapura Energy Berhad (SEB) dan kumpulan syarikatnya pertama kali mencatat keuntungan  dalam keputusan kewangan tidak diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2025 (TK2025).

Ini kali pertama Kumpulan mencatat keuntungan  setelah enam tahun ekoran prestasi kewangan yang dicapainya bersandarkan daya tahan operasi SEB serta keberhasilan usaha penstrukturan semula dan pemulihan yang telah dilaksanakan.

Ini memberi peluang seterusnya kepada Kumpulan untuk  melangkah ke arah kestabilan dan kelestarian jangka panjang.

Pendapatan TK2025 berjumlah RM4.7 bilion, meningkat sebanyak 8.9 peratus atau RM385 juta berbanding tahun kewangan sebelumnya, didorong terutamanya oleh peningkatan pendapatan daripada segmen Kejuruteraan dan Pembinaan (E&C) serta Operasi dan Penyelenggaraan (O&M).

Kumpulan mencatatkan Pendapatan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai, dan Pelunasan (EBITDA) sebanyak RM524 juta bagi TK2025 (FY2025), sementara Keuntungan Selepas Cukaidan Kepentingan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version