PETALING JAYA – Sapura Energy Berhad (SEB) melalui anak syarikatnya, Sapura Fabrication Sdn Bhd menerusi bahagian perniagaan operasi dan penyelenggaraan (O&M), telah mendapat kontrak untuk kerja-kerja penyelenggara, membina dan mengubahsuai kemudahan luar pesisir di Semenanjung Malaysia yang bernilai RM40 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif bagi Operasi dan Penyelenggaraan Sapura Energy, Nasri Mehat berkata, kontrak tersebut berkuatkuasa pada 10 Mac lalu untuk tempoh selama enam bulan dengan diberi pilihan untuk memanjangkan lagi tempoh berkenaan dalam enam bulan lagi.
Menurut beliau, skop kerja untuk projek berkenaan meliputi kerja-kerja penyelenggaraan utama, penambahbaikan kemudahan, sambungan dan pentauliahan untuk kemudahan brownfield dan greenfield, penyelenggaraan riser, sistem perangkap dan penyelenggaraan kemudahan tempat tinggal.
Ia juga meliputi pengurusan projek, kejuruteraan dan pembinaan pengurusan untuk aktiviti luar pesisir dan juga daratan, penyediaan peralatan serta…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
