PETALING JAYA – Sapura Energy Berhad (SEB) semalam mengumumkan bahawa pihaknya telah beroleh pelaburan berjumlah RM1.1 bilion daripada langganan saham pinjaman boleh tebus boleh tukar (RCLS) pada nilai nominal daripada Malaysia Development Holding Sdn. Bhd. (MDH).
MDH, sebuah syarikat tujuan khas Menteri Kewangan (Diperbadankan), menetapkan hasil langganan itu hanya untuk digunakan bagi penyelesaian atau pembayaran liabiliti yang terhutang oleh Kumpulan SEB kepada pembekal perkhidmatan Malaysia yang beroperasi atau menyokong sektor minyak dan gas di Malaysia.
SEB dalam satu kenyataan berkata, pelaburan tersebut menandakan satu lagi peristiwa penting dalam usaha penyusunan semula kewangan, serta mengukuhkan komitmennya kepada kemampanan jangka panjang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB, Muhammad Zamri Jusoh, sebagai syarikat Malaysia yang menyokong lebih 2,000 vendor tempatan, pihaknya mengiktiraf tanggungjawab untuk memelihara ekosistem minyak dan gas…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
