PETALING JAYA – Sapura Energy Berhad (SEB) telah menukar namanya kepada Vantris Energy Berhad (Vantris Energy) bagi mencerminkan usaha berterusan syarikat dalam proses transformasi korporatnya.
Perubahan ini dibuat selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) baru-baru ini.
Dalam satu EGM berasingan pada hari yang sama juga, para pemegang saham turut meluluskan dengan majoriti besar Pelan Penstrukturan Semula Yang Dicadangkan (PRP) iaitu satu langkah penting dalam pemulihan kewangan dan operasi syarikat.
Nama Vantris Energy melambangkan matlamat dan identiti baharu Kumpulan yang mana Van” berasal daripada perkataan vanguard, yang membawa maksud berada di barisan hadapan dan bergerak ke hadapan dengan tujuan yang jelas.
Tri pula merujuk kepada komitmen Syarikat terhadap tiga nilai teras, tiga prinsip, dan tiga tonggak perniagaan manakala huruf S mewakili janji jenama Syarikat manakala Energy menegaskan sektor utama operasi Syarikat dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: