“Orang ingat penyanyi yang bagus ini diberikan lagu apa pun boleh sampaikan dengan sempurna, tapi tidak. Mereka bukan sahaja perlu berlatih menyanyi, namun mereka juga harus melengkapkan keseluruhan persembahan termasuklah menari. Mereka ini masih baharu dalam bidang ini jadi saya harus mendidik sebaik mungkin,” katanya lagi.
Minggu ini juga menyaksikan drama yang mengejutkan apabila Sarah menegur Rezza Shah dengan tegas.
“Masa top 20, kita fight untuk awak, tapi bila dah masuk, gaya macam tak nak,” katanya.
Isu disiplin menjadi punca Sarah marah apabila Rezza datang lambat, tidak hadir sesi warming up dan tidak membawa keperluan kelas. Namun, selepas teguran keras itu, Rezza menunjukkan peningkatan drastik.
“Kadang-kadang saya kena buat begitu untuk buka mata mereka. Disiplin adalah nombor satu kalau nak bergelar One in a Million,” tegasnya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: