Kool FM

Sarawak Dakwa Petronas Beroperasi Secara Haram


Gegak gempita di Sarawak apabila kerajaan negerinya bertindak tegas menghantar surat tuntutan kepada gergasi minyak dan gas negara, Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB)! Tindakan drastik ini diambil berikutan dakwaan PCSB telah melakukan pelanggaran atau tidak mematuhi Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016.

Memetik daripada portal Utusan Online, Pelanggaran tersebut melibatkan operasi sebuah kilang milik PCSB di Terminal Minyak Mentah Miri (MCOT) yang terletak di Lot 915-916, Lorong 1A-1A, Desa Senadin, 98100 Miri, Sarawak.

Sarawak
Sumber Gambar: Borneo Post Online

Kerajaan negeri, melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, mendakwa bahawa loji tersebut beroperasi secara tidak sah atau tanpa permit yang sah di bawah Seksyen 7(e) DGO 2016.

Berdasarkan surat daripada kementerian tersebut yang diteliti oleh Utusan Malaysia, Seksyen 7(e) menerangkan aktiviti pembinaan, pengurusan, atau penyelenggaraan saluran paip gas atau peralatan,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version