Jelas beliau lagi, AirBorneo bersedia untuk mewujudkan keseimbangan antara ketersambungan, tambang berpatutan dan faedah ekonomi.
“Beroperasi sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan penuh (FSC), AirBorneo boleh meningkatkan pengalaman penumpang dengan ketara melalui perkhidmatan dalam penerbangan yang unggul. Ini akan menekankan prestij serantau Sarawak sebagai destinasi pelancongan premium,” katanya.
Tambah Abang Johari, AirBorneo akan terus memberi tumpuan kepada perkhidmatan udara luar bandar sebelum berkembang lagi pada masa hadapan.
“Ia akan terlibat dalam perkongsian strategik dan perjanjian perkongsian kod dengan syarikat penerbangan antarabangsa lain termasuk Malaysia Airlines, untuk meluaskan lagi jangkauan rangkaian dan meningkatkan ketersambungan global untuk Sarawak,” ujarnya.
Menurut laporan itu lagi, Sarawak mahu AirBorneo turut terbang di peringkat antarabangsa termasuk ke Jerman, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong dan Thailand.
Sarawak juga telah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: