Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg menyatakan negeri itu sedia berkongsi pemilikan syarikat penerbangan AirBorneo dengan Sabah jika negeri jiran itu ingin membuat pelaburan.
Memetik Harian Metro, beliau sudah memaklumkan tawaran itu kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman serta beberapa pemimpin negeri itu mengenai tawaran tersebut.
“Saya kata kalau mereka hendak berkongsi, kita boleh kongsi dan tawaran itu terbuka kerana kita sama-sama berada di pulau Borneo,” katanya.
Bagaimanapun pemimpin Sabah memaklumkan mereka perlu berbincang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan, berkemungkinan sedang mencari modal untuk tujuan pelaburan.
“Berbeza dengan Sarawak, kita sudah ada modal untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri dan sebab itu kita boleh teruskan,” katanya.
Sementara itu, Abang Johari menyatakan AirBorneo dijangka memulakan operasi pada tahun depan apabila semua aspek perancangan berjalan lancar,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: