PETALING JAYA – Viatris Malaysia (Viatris) dan Persatuan Perubahan Malaysia (MMA)menganjurkan kempen saringan kesihatan percuma khusus kepada rakyat Malaysia berusia 40 tahun sebagai langkah awal untuk mengesan faktor risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan kadar kolesterol tinggi.
Bertemakan Saring, Kesan dan Bertindak, kempen yang akan berakhir pada bulan Februari tahun depan itu mahu membantu menyokong sasaran Kementerian Kesihatan untuk menyaring sebanyak 1.5 juta orang berusia 40 tahun di negara ini.
Pengurus Negara Viatris Malaysia, Jeff Bote berkata, saringan kesihatan NCD yang kerap adalah satu langkah yang proaktif dan penting dalam pengurusan kesihatan diri kerana ia dapat membantu individu mengenal pasti isu-isu yang tersembunyi dan mencegah komplikasi perubatan dengan mendapatkan rawatan lebih awal.
“Intervensi yang berkesan dan tepat pada masanya akan dapat memberikan perubahan yang ketara terhadap kesihatan individu,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
