Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Skuad kebangsaan Thailand bakal menghadapi saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura tanpa khidmat pemain kelab K-League, Jeonbuk Hyundai Motors iaitu Sasalak Haiprakhon apabila beliau disahkan mengalami kecederaan dan masih belum pulih.
Menurut laporan daripada Siamsport, tonggak pertahanan itu telah mendapat pelepasan daripada Jeonbuk Hyundai Motors untuk menyertai saingan Piala AFF namun kelab Korea itu turut memberi amaran terhadap tahap kecederaan Sasalak.
“Jeonbuk telah melepaskan Sasalak kepada pasukan Thailand tetapi mereka turut memberi amaran dengan berkata pemain itu masih cedera.
“Ini semua bergantung pada keputusan akhir ketua jurulatih, Mano Polking sama ada mahu gunakan khidmat Sasalak atau tidak kerana pemain ini masih belum cergas 100 peratus,” kata Setiausaha Agung Thailand FA, Patit Suphaphong.
🚨UPDATE: Jeonbuk Hyundai’s Sasalak Haiprakhon looks…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
