Site icon Kool FM

Sasar jualan 1 juta tub Chocoalbab sebulan


PETALING JAYA – Syarikat CLA Empire Sdn. Bhd., menerusi produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, Chocoalbab optimis untuk terus terbang tinggi menerusi pelantikan penyanyi Khai Bahar sebagai duta.

Dilancarkan April tahun lalu, jenama dengan ‘tagline’ Hidup Biarlah Sedap itu sejak bulan pertama berjaya mencipta rekod sebanyak 50,000 tub berjaya terjual.

Pengasasnya, Said Saiful Fazli berkata, dia kini mensasarkan jualan sebanyak satu juta tub dalam tempoh sebulan selain dieksport ke Indonesia, Brunei dan Thailand.

“Pelantikan Khai Bahar sebagai duta sejak Januari lalu memberi impak tersendiri hingga graf jualan meningkat secara mendadak.

“Saya percaya usaha memikat Khai biarpun pelawaan sebagai duta buat kali pertama Oktober tahun lalu ditolaknya secara baik memberi metafora tersendiri.

“Saya tidak putus usaha, sampai guna macam macam kaedah. Akhirnya percaturan menjadi apabila menggunakan bantuan salah seorang teman usahawan yang pernah menggunakan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version