KOTA BHARU – Figura (M) Sdn. Bhd. (Figura International), pengeluar produk penjagaan kesihatan, mengunjurkan jualan produk terbaharunya, Figura Junior bakal mencecah kepada 10,000 unit menjelang tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Hafiz Khalid berkata, nilai sasaran tersebut mampu dicapainya bersandarkan rangkaian pemasarannya yang semakin meluas dan sokongan daripada para pengedarnya yang kini telah bertambah kepada hampir 5,000 orang.
Ia turut disokong oleh keyakinan pelanggan terhadap produk sedia ada keluaran syarikat iaitu Figura S dan Figura Coffee Latte yang telah diperkenalkan masing-masing pada bulan Julai dan November tahun 2021 dengan menampilkan testimoni positif daripada pelanggan sekali gus melonjakkan jualan syarikat.
Menurut beliau, produk baharu Figura Junior yang ditawarkan pada harga RM55 seunit itu akan dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan untuk usus dan menguatkan sistem imunisasi tubuh badan kanak-kanak berusia tiga tahun ke…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: