Site icon Kool FM

SATRIA-1, Satelit Pelbagai Fungsi Pertama Republik Indonesia Dilancarkan Ke Angkasa Lepas Dengan SpaceX


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Republik Indonesia kini giat membangunkan infrastruktur negara mereka, lebih-lebih lagi kawasan ibu kota baharu, ‘Nusantara’ yang terletak di Kalimantan Timur giat dibangunkan.

Artikel Berkaitan:

Pada hari ini, Isnin (19/6) pukul 5.21 pagi (waktu Indonesia) atau Ahad (18/6) pukul 6.21 petang waktu Florida, Amerika Syarikat, Satelit Republik Indonesia (SATRIA)-1 dilancarkan. Satelit terbesar Indonesia berjaya terbang ke orbit sasaran 146 Bujur Timur.

SATRIA-1 dibawa oleh roket Falcon 9 milik SpaceX dari landasan di Cape Canaveral, Florida. Falcon 9 ialah roket yang mendarat secara menegak dan boleh digunakan semula untuk misi seterusnya.

Peringkat pertama pelancaran Satria-1 berjalan lancar sehingga pendorong pertama dilepaskan dan kemudian Falcon 9 mendarat dengan sempurna di Bumi.

Pada peringkat kedua, Satria-1 meneruskan perjalanan sambil dibawa oleh pendorong kedua menuju ke orbit sasaran. Satria-1 mengambil masa 27…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version