Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Satu Keluarga Melecur Teruk, Kedai Steamboat Di Temerloh Didakwa Mahu Lepas Tangan

today20 March 2024

Background


Apabila menjelang bulan Ramadan, orang ramai pasti bakal berpusu-pusu mahu berbuka di luar seperti hotel atau kedai makan kerana penawaran promosi yang bagus.

Namun, momen terindah berbuka bersama tersayang berubah menjadi mimpi ngeri buat keluarga Faty kerana terpaksa menanggung kesengsaraan sakit melecur selepas gas meletup ketika makan di sebuah kedai steamboat di Temerloh.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya, dia bersama ahli keluarga telah pergi berbuka di kedai steamboat bernama Rotarium buffet steamboat. Namun, difahamkan dapur gas yang disediakan tiba-tiba meletup sekaligus menyebabkan kulit muka dan tangan terbakar.

Sumber Gambar: TikTok fatynanana
Sumber Gambar: TikTok fatynanana

Ekoran insiden ngeri itu, satu keluarganya mengalami kesan melecur yang teruk dan menerima surat rujukan pergi pakar pembedahan plastik. Pemilik kedai didakwa mengambil nombor telefon mereka namun tidak pernah menghubungi semula untuk tindakan selanjutnya.

Sumber Gambar:…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post