
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengambil tindakan tegas terhadap Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berhubung isu kekeliruan promosi kadar bayaran di Tempat Letak Kereta Jangka Panjang (LTCP) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Langkah ini diambil susulan aduan rasmi yang dikemukakan oleh seorang pempengaruh media sosial (influencer), Chin Pul Ting, atau lebih dikenali sebagai ‘deadpudds’.
Beliau sebelum ini telah memuat naik sebuah video tular yang mendedahkan caj parkir mengejut berjumlah RM381 bagi tempoh 12 hari, akibat daripada promosi tamat tempoh yang masih aktif diiklankan oleh pihak pengurusan di media sosial.
Menerusi hantaran terbaharu pempengaruh itu, KPDN telah memberi maklum balas yang proaktif bagi menyelesaikan isu yang dihadapi beliau.
“Saya mempunyai berita gembira untuk anda kerana saya telah mengemukakan aduan rasmi kepada KPDN dan ini adalah jawapan daripada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
