Site icon Kool FM

Satu Lipatan Sejarah Tercipta Dalam Kerjaya Hael Husaini

Konsert Hael Husaini & Repertoire Ibarat Sebuah Cerita Dalam Muzik


Di bawah limpahan cahaya, pentas Zepp Kuala Lumpur pada malam 8 Ogos lalu, menjadi bukti kejayaan Konsert Hael Husaini & Repertoire.

Artikel Berkaitan: Fasa ‘Me Time’ Sudah Berlalu, Hael Husaini Pegang Prinsip – ‘Jangan Sesekali Berkata Penat Atau Mengeluh’

Magis Hael Husaini

Penonton yang memenuhi ruang seolah-olah berada di dalam sebuah kapsul muzik, dibawa mengembara bersama suara emas seorang pemuzik hebat bernama Hael Husaini.

Konsert sulung Hael ini bukan sekadar persembahan, tetapi sebuah memori yang diceritakan dari hela nafas pertama hingga penutup tirai.

Sejak langkah pertama Hael naik ke pentas, aura keyakinannya terus memancar. Dengan menyarung sut kemas dan senyum yang tidak lekang, lantas menyapa penonton.

Kejutan Siti Nurhaliza

Namun, detik paling istimewa malam itu adalah kemunculan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membuat kejutan istimewa menyampaikan lagu ikonik ciptaan Hael dan Ezra Kong, Anta Permana.

Hael atau nama penuhnya Hal Husaini Razmi,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version