Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Satu Malaysia Dijemput Saksikan Pernikahan Fattah & Amira

today9 September 2025

Background
Satu Malaysia Dijemput Saksikan Majlis Pernikahan Fattah Amin & Amira Othman, Hadiahkan 10 Dokumentari Eksklusif Buat Peminat


Detik penyatuan dua hati antara pelakon, Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman, bakal menjadi antara momen paling dinantikan dalam industri hiburan tanah air.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Nikah 14 September Ini

Penyatuan dua jiwa

Majlis ijab kabul bakal pasangan pengantin itu dijadual berlangsung pada 14 September 2025, jam 8.00 malam, dalam suasana penuh romantis dan bersejarah.

Lebih istimewa, momen berharga itu akan disiarkan secara langsung dan eksklusif menerusi aplikasi Unifi TV 2.0 di saluran Inspirasi (Saluran 118).

Keputusan menayangkan hari bahagia mereka kepada umum dibuat kerana Fattah dan Amira memiliki populariti yang luar biasa, selain hubungan erat dengan para peminat yang sentiasa menyokong perjalanan seni mereka.

Fattah berkata, dia berbesar hati mengundang peminat untuk bersama-sama meraikan cinta mereka.

Kami ingin menjemput semua untuk menyaksikan secara langsung majlis pernikahan kami, Setulus Takdir: Fattah Amira, eksklusif hanya di…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahrin


Previous post