Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Satu Tanah Mendap Dilaporkan Terjadi Berdekatan Di Kompleks Bunga Raya KLIA Hari Ini

today25 September 2024

Background


“Kawasan ini di bawah seliaan MAHB, mereka pun sudah tahu isu ini dan sudah membuat pemeriksaan pagi tadi.

“Jadi petang ini mereka akan bertindak untuk menilai dan memeriksa apa punca sebenar kejadian dan mendapatkan solusi bagi pembaikan akan datang,” katanya.

Pemeriksaan mendapati terdapat satu ‘manhole’ kumbahan milik KLIA yang berada berhampiran kawasan lubang benam yang mana kebocoran paip kumbahan disyaki menjadi punca kejadian.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan tiada sebarang kecederaan dan kerosakan dilaporkan berlaku. Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi.

Pada masa sama, laluan ke Kompleks Bunga Raya ditutup sepenuhnya untuk memastikan keselamatan orang ramai.

“Berapa lama tutup laluan itu bergantung kepada penilaian mengenai kerosakan yang berlaku. Kalau rosaknya permukaan sahaja, sekejap sahaja.

“Sekiranya ada kerosakan lain, mestilah akan ambil masa lebih,” katanya lagi.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post