Vokalis kumpulan Insomniacks, Iqie tampil memberi penjelasan berhubung spekulasi mengenai hubungan istimewanya dengan anggota kumpulan Dolla, Angel.
‘Saya dan Angel memang berkawan’

Menjelaskan perkara itu, Iqie atau nama sebenarnya Syed Mir Iqbal Syed Adel berkata, dia dan Angel sudah lama berkawan rapat dan hubungan mereka kekal sebagai rakan baik hingga ke hari ini.
Saya dan Angel memang berkawan sejak daripada zaman kolej dan sampai sekarang kami masih berkwan rapat.
Tambah Iqie, dia menyifatkan hubungan persahabatannya dengan semua rakannya adalah istimewa sekaligus menegaskan bahawa dakwaan sedang bercinta dengan Angel adalah tidak benar.
Semua hubungan dengan kawan-kawan saya adalah istimewa, bercinta itu tidak betul. Saya tiada masa nak cari ‘awek’, sangat sibuk
Dalam nada berseloroh, Iqie turut berharap agar Angel dapat hadir ke konsert mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Saya berharap dia datang ke konsert kami…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: