Sebuah restoran yang diusahakan oleh seorang lelaki warga Pakistan telah diserbu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur. Serbuan dilakukan selepas mendapati lelaki tersebut mengendalikan restoran itu menggunakan permit isterinya, selain turut menggaji pekerja asing.
Menurut laporan Kosmo, pemilik restoran tersebut mengakui perkara ini semasa disoal siasat oleh pihak berkuasa. Difahamkan lelaki berusia lingkungan 30-an itu telah menetap di Malaysia selama 10 tahun dan berkahwin dengan wanita tempatan.

Pihak berkuasa kemudian menahan lelaki itu, menyebabkan situasi menjadi huru-hara apabila lelaki tersebut mula menangis dan menjerit-jerit.
Semasa serbuan itu, barangan di dalam restoran, termasuk kerusi, meja, peralatan memasak dan kabinet dapur, disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: