Kool FM

‘Saya Cuma Buat Kerja Sahaja’ – Pengawal Keselamatan Nepal Kongsi Kisah Pulangkan Wang RM500,000


Pada beberapa hari lalu negara digemparkan dengan penemuan kira-kira lebih RM500,000 di dalam sebuah bagasi ditinggalkan di kawasan parkir pusat beli-belah.

Bagasi itu ditemui dan diserahkan oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas pada ketika itu. Kejujurannya itu telah meraih pujian netizen.

Baca Juga:

Menerusi perkongsian Sherpa Dawa, 39, beliau amat berpegang pada tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya.

Oleh sebab itulah beliau memutuskan untuk terus membuat laporan kepada pihak pengurusan pusat beli-belah dan pihak berkuasa.

Sumber Gambar: Berita Harian

“Bila saya jumpa saya macam tak rasa takut apa-apa, sebab kita sudah dapat latihan daripada pihak syarikat, dan kemudian saya tahu saya punya tanggungjawab.

“Saya tak fikirlah duit itu berapa banyak atau sikit, kita buat kita punya kerja sahaja,” katanya kepada Free Malaysia Today.

Pengawal keselamatan berasal dari Nepal itu telah menerima anugerah dan hadiah daripada syarikat keselamatan,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version