Penyanyi, Shila Amzah berasa gembira melihat ibunya, Fauziah Sarman kini berada dalam fasa bahagia dan lebih tenang dalam kehidupan selepas dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Artikel Berkaitan: Ibu Shila Amzah Bakal Berkahwin Dengan Duda – ‘Dia Baik, Penyayang & Ada Bisnes Sendiri’
Ibu di fasa bahagia

Shila atau nama lengkap Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, dia juga merestui hubungan mereka dan berpendapat ibunya juga berhak mengecapi bahagia bersama insan yang dicintai.
Ibu saya ketika ini berada di fasa menikmati kebahagiaan dalam hidupnya. Saya sebagai anak gembira melihat keadaan ibu saya yang sekarang ini.
Saya mendoakan mak saya bahagia seperti mana saya berjumpa dengan Ubai. Saya harap dia bersama seseorang yang akan meratukan dirinya dengan lebih baik.
Shila berkata demikian ketika ditemui di konsert Raise The Star Malaysia, baru-baru ini.
Disoal mengenai penerimaan adik-beradik yang lain, pelantun lagu Patah Seribu berkata, mereka sekeluarga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: