
Jurulatih Sanfrecce Hiroshima, Bartosch Gaul mengakui beliau keliru dengan keputusan yang membenarkan tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) beraksi dalam aksi pertama AFC Champions League Elite (ACLE) 2025/26 minggu lalu.
Pada 27 Januari lalu, tujuh pemain yang digantung telah dibenarkan untuk beraksi selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) yang dikemukakan.
Sehubungan dengan itu, Joao Figueiredo, Hector Hevel dan Jon Irazabal kembali memperkuatkan skuad JDT dan mereka turut beraksi ketika bertemu Sanfrecce di peringkat kumpulan dan kemudiannya berhadapan dengan Vissel Kobe.
Namun, sehari selepas JDT menewaskan Sanfrecce 3-1 dalam aksi pusingan 16 di Stadium Sultan Ibrahim, panel CAS memutuskan bahawa tujuh pemain tersebut tetap akan dikenakan larangan bermain selama 12 bulan, tetapi hanya untuk perlawanan rasmi dan bukan semua aktiviti berkaitan bola sepak. Larangan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: