Kool FM

‘Saya Harap Dia Tidak Berhenti Menyanyi, Bakatnya Besar’


Penyanyi, Adira Suhaimi menzahirkan rasa simpati kepada rakan seindustri, Hafiz Suip, yang baru-baru ini berdepan dugaan berat apabila rumah tangganya berakhir dengan perceraian.

AArtikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Suip Sahkan Sudah Bercerai Pada Mei Lalu, Serah Hak Penjagaan Kedua Anak Kepada Bekas Isteri

Teruskan berkarya

Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 33, berkata, dia percaya Hafiz seorang yang kuat dan mampu mengharungi ujian tersebut dengan tabah.

Saya dan kita semua tidak berada di tempat dia. Apa yang kita boleh lakukan hanyalah terus mendoakan agar dia diberi kekuatan untuk melalui hari-hari mendatang. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Hafiz.

Adira berkata demikian ketika ditemui pada sesi latihan Konsert Festival Tentang Cinta, baru-baru ini.

Adira yang pernah bergandingan dengan Hafiz menerusi lagu duet ikonik Ombak Rindu, turut berharap penyanyi kelahiran Sarawak itu tidak berhenti menyanyi dan terus aktif berkarya.

Saya harap dia tidak berhenti…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version