Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Saya Harap Ikhsan Fandi Cuba Pecahkan Rekod Bapanya

today30 March 2022

Background
Ikhsan Fandi




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Pengendali sementara skuad kebangsaan Singapura, Nazri Nasir jelas memuji sumbangan berkesan ditampilkan ayam tambatannya, Ikhsan Fandi yang berjaya meledakkan dua jaringan ketika bertemu Malaysia pada aksi persahabatan Tier 1 (FAS Tri-Nations Series 2022), tempoh hari.

Anak kepada legenda Singapura, Fandi Ahmad itu bijak mencuri ruang untuk menolak masuk bola pada separuh masa pertama dan kemudiannya melepaskan rembatan padu susulan gerakan solonya untuk menghadiahkan jaringan kemenangan buat skuad Singa itu.

Bakal mencecah usia 23 tahun pada 9 April nanti, Ikhsan disifatkan oleh Nazri mampu untuk terus memburu jaringan sekali gus dapat mengatasi rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman di pentas antarabangsa milik bapanya iaitu dengan 55 jaringan.

Ikhsan Fandi yang kini beraksi bersama BG Pathum United telah menjaringkan 13 gol buat skuad kebangsaan Singapura manakala telah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Ekonomi

PKNS bina dua kilang kos rendah

KUALA SELANGOR – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina dua buah kilang kos rendah pada tahun depan bagi membantu industri kecil dan sederhana (IKS). Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abas berkata, kilang empat tingkat itu akan dibina di Kota Puteri dekat sini dan Klang, masing-masing melibatkan keluasan 2.02 hektar. Jelasnya, setiap kilang mampu memuatkan kira-kira 200 usahawan IKS, yang bakal turut menikmati kemudahan gudang penyimpanan. “Kalau tengok usahawan […]

today30 March 2022