Pelakon Sharifah Sofia kini menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah pusat menyelam (dive centre) yang menawarkan pelbagai aktiviti dan kelas berkaitan sukan air.
Dah 20 tahun bergelar ‘diver’
Menerusi video di TikTok Koocester Business, pusat selaman yang diusahakan Sofia atau nama lengkapnya Sharifah Sofia Syed Hussein, 40, iaitu Urban City Divers di Kuala Lumpur menawarkan pelbagai khidmat antaranya kelas skuba, mermaid, kelas menyelam serta renang.
Malah fasiliti itu turut dilengkapi empat buah kolam dengan kedalaman antara 1.2 meter hingga 3 meter bagi memenuhi keperluan latihan pada tahap berbeza.
Mengulas mengenai penglibatan dalam bidang tersebut, Sofia menjelaskan minatnya terhadap aktiviti menyelam sudah bermula sejak dua dekad lalu.
Saya sudah menjadi penyelam selama lebih 20 tahun. Kemudian peluang (perniagan) tu datang dan saya ambil.
Tambahnya, sebelum terjun ke bidang perniagaan ini, dia pernah bekerja dalam sektor korporat kira-kira tiga tahun selain…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: