Kool FM

‘Saya Kahwin Bukan Sebab Harta Tapi Kelembutan Isteri’


Pempengaruh media sosial dan usahawan tudung yang dikenali sebagai Aril menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya menikahi wanita yang lebih berusia kerana harta.

Artikel Berkaitan: Lelaki Berkahwin Dengan Wanita 30 Tahun Lagi Muda, Lebih Berusia Daripada Mentua

Kahwin bukan sebab harta

Memetik laporan Harian Metro, Aril atau nama sebenarnya Mohd Shahril Tuah memaklumkan kelembutan yang ditunjukkan isteri Dr Zahida Datuk Mohamad Zahudi yang kini berusia 56 tahun sewaktu merawat ibunya sedikit sebanyak telah menawan hatinya.

Kali pertama jumpa isteri waktu bawa emak datang berubat di kliniknya, di situlah permulaan kami berkenalan.

Hakikatnya, saya tak cari pasangan berdasarkan rupa atau harta tapi semua aspek, paling penting keperibadiannya.

Saya nampak kelembutannya (isteri) selepas lihat cara dia terangkan dan beri nasihat kepada emak mengenai kesihatan jadi itu yang membuatkan saya tertarik.

Bila berkawan, nampak peribadi isteri yang baik, matang, kemas dan disiplin….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version