Kool FM

‘Saya Maafkan Mereka,’ – Fazura Terkilan Mentua Langsung Tak Hubungi Dia Dan Fatima


Fazura mendedahkan satu lagi perkara yang membuatkan dia terkilan iaitu sikap keluarga mentuanya. Di mana Fazura menyatakan dia sangat terkilan kerana keluarga mentuanya langsung tidak menghubunginya atau Fatima ketika rumah tangganya bergolak.

Fazura yakin keluarga mentuanya tahu tentang krisis rumah tangga dia dan bekas suami Fattah Amin memandangkan ianya menjadi berita yang menjadi sorotan media.

Walaupun terkilan Fazura tetap memaafkan keluarga mentuanya, iaitu ibu bapa Fattah Amin yang dianggapnya sebagai orang yang dia hormati.

Dipetik dari lama Kosmo, Fazura berkata: “Saya memang sayangkan keluarga mentua macam keluarga saya sendiri.

“Tapi saya agak terkilan langsung tiada di antara mereka yang hubungi untuk bertanya khabar saya dan Fatima. Apa pun saya sudah maafkan mereka.”

'Curang Bukan Punca' – Peguam Dedah Sebab Fazura Failkan Cerai Terhadap Fattah
Sumber Gambar: Asyraf Hamzah via…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version