Penyanyi muda, 44 Ariel menerima teguran dengan hati yang terbuka apabila pelancaran muzik video lagu terbaharunya berjudul ‘Sempurna’ dikritik selepas didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.
Artikel Berkaitan: PU Syed Tegur Muzik Video ‘Sempurna’ – ‘Paling Sampah, Separuh L*cah!’
Terima teguran

Ketika dihubungi OhBulan!, pemilik nama Airel Mohamad Jordan, 19, menjelaskan muzik video lagu itu hanya menggambarkan situasi yang berlaku pada masyarakat kini.
Saya terima teguran itu dengan hati yang terbuka dan mengambil dari sudut positif.
Saya masih muda dan masih belajar.
Saya tiada niat nak popular dengan cara sebegini. Ia hanyalah lakonan semata-mata.
Menjelaskan lebih lanjut, Airel berkata dia memlih untuk merekodkan muzik video di kelab malam kerana ia berkait rapat dengan lirik lagu.
Katanya, kelab malam bukanlah satu perkara yang pelik pada kehidupan ini. Malah ia kerap ditayangkan menerusi filem dan televisyen.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: