Suspek insiden tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 berkata dia masih menyayangi isterinya.
“Assalamualaikum, Saya masih menyayangi isteri saya, Farah Md Isa, terima kasih,” ujar Hafizul Hawari ketika tiba di Kelantan pada Isnin.
Mahkamah Majistret menerusi Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri kini melanjutkan tempoh reman terhadap Hafizul selama lima hari bermula Selasa hingga Sabtu ini.
Suspek tiba kira-kira pukul 8.35 pagi dengan kawalan ketat anggota polis.
Menerusi laporan sebelum ini, suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960. Tempoh remannya berkuat kuasa bermula 16 hingga 22 April ini.
Turut dikenakan perintah reman bagi membantu siasatan Peraturan 25(1)(o) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara (PPPN) 1990 (memiliki kad pengenalan individu lain) dan Seksyen 108(3)(f) Akta…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: