Kes Zayn Rayyan semakin hangat menjadi bualan di media sosial selepas peguamnya menarik diri dari membela ibu bapa mangsa baru-baru ini.
Bagaimanapun, peguam bernama Mahmud Abdul Jumaat kini menegaskan bahawa beliau masih mewakili ibu kepada Zayn Rayyan yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme itu.
Menurut Sinar Harian, peguam berkenaan menerusi satu kenyataan di media sosial telah berkongsi tindakan itu dibuat berdasarkan pertimbangannya selepas berjumpa dengan keluarga.

“Untuk pengetahuan semua, saya masih mewakili ibu arwah Zayn Rayyan. Kami telah hadir ke Mahkamah tempoh hari mewakili Isma (ibu Zayn Rayyan).
“Ini adalah atas pertimbangan saya untuk mewakili ibu Zayn Rayyan selepas berjumpa dengan keluarga mereka,” katanya lagi.
Selain daripada itu, beliau turut berterima kasih kepada keluarga Isma kerana tampil mengesahkan keberadaan peguam itu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: