Pertahanan Manchester United, Harry Maguire menegaskan bahawa beliau merupakan sebahagian daripada masa depan kelab tersebut dan mahu menghadiahkan lebih banyak kejuaraan buat The Red Devils.
Selepas menikmati tiga musim yang penuh kompetitif dimana sering menjadi pilihan untuk mengisi posisi pertahanan tengah, Maguire kemudiannya dilihat bergelut untuk mendapatkan tempat di kesebelasan utama.
Baca Juga:
Ia jelas dibuktikan dengan 16 penampilan pada musim 2022/23 dan 22 perlawanan ketika menghadapi musim lalu.
Keadaan itu menyebabkan terdapat desas-desus mengatakan pemain yang menyertai pasukan dengan tanda harga £80 juta itu akan meninggalkan Manchester United.
Meskipun masih tidak mengetahui nasibnya pada musim baharu ini, Maguire tetap komited ingin membantu pasukan sekiranya khidmatnya diperlukan oleh ten Hag.
“Melainkan kelab mengatakan bahawa saya akan dijual atau saya tidak dikehendaki di sana lagi,” ujar Maguire ketika ditanya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: