Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Saya Sempat Ajar Mengucap & Minta Maaf’ – Isteri Allahyarham Pyan Habib

today5 June 2024

Background
'Saya Sempat Ajar Mengucap & Minta Maaf' – Isteri Allahyarham Pyan Habib


Pada malam semalam satu Malaysia dikejutkan dengan pemergian penyair dan pelakon disegani tanah air, Pyan Habib di kediamannya di AU4 Keramat.

Menurut isterinya, Zurina Zakaria berkata berasa bersyukur dapat berada di sisi suami sebelum allahyarham meninggal dunia di kediaman mereka di sini, kira-kira jam 9.30 malam semalam, petik Buletin TV3.

Nando's

Baca Juga:

“Saya sempat ajar mengucap (dua kalimah syahadah) dan minta maaf dekat suami. Masa itu, saya cakap, kalau hendak pergi, pergilah, nanti saya menyusul. Selepas saya cakap, air mata dia kering dan perlahan-lahan mata tertutup.

“Saya gembira dan bersyukur sebab dapat bersama suami pada saat akhir, ini yang saya tidak akan lupakan. Selepas dia meninggal dunia, ramai sangat orang datang.

“Rupanya-rupanya dekat luar memang ramai orang sayang dia,” katanya kepada pengamal media semasa proses pengurusan jenazah.

Memetik laporan itu lagi, allahyarham cuma mengalami…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post