Pelakon Datuk Remy Ishak tidak berdepan dengan sebarang gangguan sepanjang terlibat dengan penggambaran naskhah bergenre seram termasuk filem Qifarah.
Artikel Berkaitan: Filem ‘Qifarah’ Angkat Kisah Dosa & Pembalasan, Temui Penonton 9 Oktober Ini
Remy berhati-hati

Ketika ditemui OhBulan!, Remy atau nama lengkapnya Muhammad Zalimei Ishak, 43, mendedahkan bahawa dia sentiasa mengambil langkah berhati-hati sebelum pulang ke rumah lebih-lebih lagi selepas penggambaran naskhah seram.
Kadang-kadang bila di set pelik-pelik ni, kita boleh rasa. Masa penggambaran tu kita dah boleh tahu.
Tapi cara terbaik kalau ada anak kecil, saya tak terus masuk ke rumah. Saya akan berehat sekejap dekat luar, luangkan 15 ke 20 minit dekat luar.
Tiada kejadian pelik berlaku kepada keluarga. Alhamdulillah, semuanya baik-baik.
Remy berkata demikian ketika ditemui di Malam Gala dan Tayangan Perdana filem Qifarah di GSC Midvalley, pada Selasa.
Apabila ditanya mengenai pengurusan masa bersama keluarga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: