Slim River: “Mereka berdua tidak pernah balik dengan motosikal dan biasanya balik kampung dengan kereta,” kata Ahmad Puteh, 72, bapa kepada Norwahidah, 34.
Norwahidah dan suaminya Mohamad Nazrul Ismail, 41, maut selepas skuter mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta sebelum kedua-dua kenderaan terbakar di Kilometer 363.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian pada 12.50 tengah hari itu, Mohamad Nazrul meninggal dunia di lokasi, manakala…