Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang mendedahkan betapa dia sanggup berbohong demi mahu menamatkan perlumbaan ketika insiden kakinya tertusuk serpihan kayu di Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester 10 tahun lalu.
Menerusi status terbaharunya di Facebook, Azizul yang mendapat gelaran The Pocket Rocketman berkata, beberapa saat selepas terjatuh, dia gagahkan diri untuk membuka mata dan mahu meneruskan perlumbaan.
“Saya nampak jurulatih John Beasley berada…